Mengenal komputer

By teknokrat2008

Definisi Komputer

Apakah itu Komputer ?
Komputer adalah sebuah mesin yang berkeupayaan untuk mengumpul, mengira, merekod maklumat dan mampu berfungsi sebagai penerima input di samping mengeluarkan output.

Pemprosesan ( Unit Sistem )

  • Unit sistem terdiri daripada memori utama RAM (Random Access Memori) yang mana sesuatu data tersebut akan hilang apabila ditutup (off). Ini termasuklah peralatan elektronik yang lainnya seperti modem dan fax.
  • Komputer memperlihatkan data yang disimpan dalam bentuk digital melalui penglibatan dua jenis kod berpiawai. Kod-kod tersebut ialah Kod EBCDIC (Extended Binary Loded Decinual Interchange Code) dan Kod ASCII (Am Stand-lode for Inf. Interchange).
  • Apabila medan-medan maklumat digabungkan,akan berlaku pula proses pembentukan fail. Pengabungan kesemua fail-fail ini akan membentuk sebuah pangkalan data (Data Base). Manakala pengabungan pangkalan-pangkalan data ini pula akan membentuk sebuah Bank Data.
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU) merupakan sebuah sistem yang terdiri daripada dua komponen. Unit Kawalan adalah komponen yang pertama yang berkeupayaan untuk mengkordinasikan serta  mengawal kesemua bahagian di dalam sistem komputer. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengawal proses pengaliran data dan program data (keluar dan masuk) dari RAM. Proses ini menglibatkan agenda membaca, mentafsir, register barulah sesuatu arahan tersebut dijalankan.
  • Unit Aritmetik / logik merupakan komponen yang kedua yang menjalankan pengoperasian sebenar aritmetik dan logik. Dalam erti kata lain, ia memproses pengoperasian matematik seperti operasi bahagi, darab, tolak, tambah dan lain – lain. Selain itu ia juga menjalankan operasi logik akal manusia seperti sistem perbandingan. Contohnya perbandingan di antara huruf Q dengan Y, angka 8 dengan 15 dan sebagai berdasarkan kepada sistem kod seperti 100011 , 0000110, 10100 ataau sebagainya. Tetapi ia hanya melibatkan kod 1 dan 0 sahaja .

Peranti Penyimpanan (Storage)

  • Berfungsi sebagai kawasan penyimpanan arahan – arahan dan data – data yang berguna di dalam unit sistem.
  • Sistem utama (main memory) yang digunakan dalam aktiviti memproses dan menyimpan data seperti cakera keras (hard disk) yang terdapat pada kotak CPU (Computer Processing Unit). Ia turut dikenali sebagai RAM (Random Access Memory) yang bersifat volatile.
  • Manakala penyimpanan sekunder pula terdiri daripada memori – memori yang disimpan di dalam CD,VCD dan disket ‘Floopy A’.
  • Memori maya (virtual) merujuk kepada sistem memori yang digunakan dalam menjalankan program – program yang besar. Sistem memori ini memberi keupayaan kepada komputer untuk menggunakan ruangan kosong yang terdapat pada cakera padat (hard disk) yang memainkan peranan tambahan sekiranya ruang (kemampuan) pada sistem memori utama tidak mencukupi bagi mengoperasikan sesuatu program.
  • Memori cache merupakan sebuah sistem meori yang memiliki paras kelajuan yang tinggi.
  • ROM (Read Only Memory) adalah sebuah sistem memori yang hanya membolehkan sesuatu data dibaca sahaja tetapi tidak boleh digunakan untuk melakukan sebarang bentuk perubahan struktur pada sesuatu data berkenan. Ini kerana ROM tidak memiliki keupayaan untuk menyimpan sesuatu data atau arahan yang diberikan oleh pengguna. Namun demikian ia tetap mempunyai fungsi seperti untuk mengarahkan kemasukan sesuatu Password bagi memboleh sesbuah program untuk berfungsi. Ini kerana ia mengandungi arahan bagi memulakan sistem yang bersifat non-volatile.
  • Papan Litar Utama (Mother Board) merupakan sistem yang mengandungi slot – slot tambahan untuk sistem peranti keperisian yang lainnya.
  • Antara peralatan penyimpanan (storing) ialah :
  • Chip Ingatan (memory chips) : penyimpanan data untuk jangka masa pendek di dalam sistem komputer.
  • ‘Magnetic Disks and Disk Drive’ : merupakan penyimpanan data untuk jangka masa panjang di dalam sistem komputer .
  • Cakera Padat dan ‘player’ : penyimpanan data untuk jangka masa panjang dalam sistem komputer, ucapan atau muzik dalam sistem audio atau image dalam sistem video.
  • Cakera Video dan ‘Player’ : penyimpanan ucapan, muzik dan imej dalam video dan komputer sistem.

Peranti

Input Output

Apakah itu Peranti Input ?

Apakah itu Peranti Output ?
  • Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
  • Program merupakan arahan yang berfungsi untuk mengarahkan komputer menjalankan sesuatu operasi tertentu khasnya dalam memproses data ke dalam bentuk maklumat.
  • Data merujuk kepada bahan mentah yang dimasukkan oleh pengguna ke dalam sistem komputer. Data ini berbentuk digit perduaan (binary) seperti abjad, imej, nombor atau simbol bagi membolehkannya diproses.
  • Arahan adalah sesuatu kata kunci atau pun frasa yang digunakan oleh pengguna dengan memasukkannya ke dalam sistem komputer. Arahan berperanan sebagai satu bentuk proses yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu operasi yang dikhendaki.
  • Proses tindak balas pengguna berlaku apabila pengguna memasukkan data untuk bertindak balas terhadap arahan yang dihasilkan oleh perisian komputer. Sebagai contohnya “Yes”, “No”, “Enter”dan lain-lain.
  • Berikut adalah jenis-jenis peranti input (capture) komputer
  • Papan Kekunci : untuk memasukkan data atau ‘text’ ke dalam komputer. Terdapat dua jenis papan kekunci iaitu jenis QWERTY dan DVORAK.
  • Tetikus : membolehkan aktiviti meng’klik’ dan  melukis dilakukan di komputer.
  • Mikrofon : untuk menghasilkan suara , audio dan tujuan  telekomunikasi atau persidangan .
  • Perakam Suara Digital (Digital Voice Recorder) : untuk merakam suara atau bunyi dalam format digital .
  • Scanner : Untuk membolehkan sesuatu imej atau gambar  diimbas dan diterjemahkan ke dalam bentuk digital untuk kegunaan web , grafik dan rekabentuk ..
  • Kamera Video , Kamera Web dan Kamera PC : untuk merakam video dan grafik ke dalam komputer .
  • Kamera Digital : mengambil imej atau gambar dalam format digital untuk web atau grafik .
  • Tablet Grafik ( Grafik Tablet ) : untuk melukis imej atau gambar secara langsung .
  • Kayu Ria ( Joy Stick ) , Gamepad ( Pad Permainan ) : peranti untuk permainan video dalam komputer .

  • Peranti Output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data .
  • Hasil atau ouput ini terdapat dalam dua kategori iaitu Softcopy dan hardcopy. Softcopy adalah hasil yang diperlihatkan pada skrin monitor komputer manakala hardcopy pula adalah hasil yang dicetak keluar pada kertas. Terminal bagi proses output ini terdiri daripada CRT(Cathode Ray Tube), LCD dan EL.
  • Dumb terminal merupakan terminal yang hanya terdapat pada papan kekunci (keyboard) dan di papan layar. Kegunaannya adalah untuk memasukkan, menerima dan menayangkan semula data tersebut. Walau bagimanapun kelemahan terminal ini dalah ia tidak mampu untuk menjalankan aktiviti memproses sendirian . Oleh itu lazimnya, terminal ini disambungkan kepada mini komputer, kerangka komputer atau super komputer bagi membolehkan ia beroperasi.
  • Manakala Terminal Pintar (Inteligence Treminal) yang juga dikenali sebagai ‘terminal-boleh-program’ pula mempunyai keupayaan untuk menjalankan operasi bersendirian. ; memiliki kebolehan untuk beroperasi sendiri.
  • Contoh peralatan bagi peranti output ialah :
  • Monitor : memperlihatkan (displaying) hasil daripada sistem komputer dan video.
  • Pembesar Suara : untuk mengeluarkan sesuatu hasil daripada sistem audio.
  • Wayar, Gentian Optik dan Peralatan Penyiaran : untuk kegunaan dalam sistem telekomunikasi.
  • Pencetak (printers) : membolehkan penghasilan salinan daripada komputer. Pencetak terbahagi kepada dua jenis iaitu pencetak impak dan pencetak bukan impak. Pencetak impak merupakan dot matriks printer. Ia beroperasi dengan menggunakan riben. Contohnya mesin taip. Pencetak bukan impak adalah seperti laser printer(inkjet printer) dan bubblejet printer. Pencetak bukan impak lazimnya beroperasi secara senyap (tanpa bunyi bising) dan menggunakan dakwat (ink). Dalam pada itu, pencetak turut terdapat dalam dua kategori yang lain iaitu Pencetak ‘Line’ yang hanya mampu mencetak huruf sahaja dan pencetak ‘character’ yang berupaya mencetak imej.

Tinggalkan Balasan